Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini. Dan maaf sebab lambat post yang bahagian kedua. Bahagian pertama boleh tekan link di bawah
Sebenarnya tak banyak yang aku dapat kongsikan sebab isinya lebih kurang sama seperti di Sunway Lagoon. Tips - tips bagi Sunway dan Legoland kebanyakannya lebih kurang sama. Untuk ke pautan tersebut boleh tekan link seperti yang di bawah
Pada bahagian kedua ini aku lebih banyak ke arah penceritaan dari pihak aku sendiri. Dan sedikit tips - tips JIKA ADA.
Alkisah bermula apabila kami bertiga bertolak menuju ke Legoland Johor dari Melaka sekitar jam 8.30 pagi. Plan kami asalnya yang ingin bertolak dari bandar bersejarah tersebut pada jam 7 pagi tergendala apabila jalan sesak sejak dari awal pagi lagi. Namun kami masih mampu bertenang dan bertolak seperti biasa dengan mengelak jalan sesak menggunakan khidmat bantuan dari aplikasi Waze. Kalau aku bercerita dengan lebih detail lagi aku rasa panjang lagi ni, sampai kesudah tak cerita part Legoland. So senang cerita sepanjang perjalanan
- Minyak kereta dah kelip - kelip (start dari Muar), isi minyak kat Pagoh terus berhenti rehat sarapan (sarapan aku roti canai kosong + roti canai telur + nasi lemak setengah sebab kongsi dengan Eva + teh o suam)
Makan buat tambah tenaga. Nak berjalan jauh nie
- Sampai Legoland tak tahu nak parking mana, so pusing - pusing akhirnya kitaorang parking kat Medini Mall (rate parking berlainan bagi setiap tempat)
LEGOLAND THEME PARK
Sepanjang perjalanan kami dari Melaka ke Legoland, hujan turun dengan lebatnya. Kami sampai di Legoland agak lambat, iaitu sekitar pukul 12.05 pm, Itu pun masih hujan. Tak apa, hujan rahmat. Itu petanda kitorang tak perlu nak letak sunblock bagai. Hehe. Disebabkan hujan turun dengan lebatnya, kitaorang redah je. Lantak la, asalkan dapat main. Aku je yang tak bertuah sangat sebab tak ada topi. Berlainan dengan Eva dan Wong, diorang memang siap - siap bawak topi. Sebagai pengganti kepada topi, Eva pinjamkan aku towel kecik dia. Alhamdulillah ada towel kecik tu. Aku pulak dah la rabun, pakai cermin mata. Memang aku berharap sangat time tu cermin mata aku nie ada wiper. Mula - mula saja aku pakai. Lepas tu simpan dah. Pakai buat apa kalau dah tak nampak. So jangan hairan kalau ada gambar aku guna cermin mata, ada yang tak.
Project X
Sumber : Project X
Seperti yang anda lihat dalam gambar tersebut, rides ini sekali naik 4 orang sebab ada 4 seats sahaja. Tapi kalau nak naik tiga orang pun terpulang kepada budi bicara pekerja di situ. Hari tu kami naik je 3 orang. Since aku pernah naik rides ini di Genting beberapa tahun lepas, jadi aku tahu sangat bagaimana perasaan apabila duduk di hadapan sekali. Walaupun aku ni suka aktiviti macam nie, tapi kalau suruh duduk depan sekali memang aku tarik diri. So aku siap - siap duduk belakang. Dan sepanjang naik rides tersebut, aku gelakkan Eva and Wong dari awal sampai habis. Seronok pulak bedajal member sendiri. Ouh, aku tak menjerit ya, paling banyak menjerit Wong.*Takut lettew* HAHAHAHA. Naik ride Project X buatkan si Wong awal - awal bagitahu itu first and last ride yang dia akan naik. Eva pula 50/50, takut tapi still nak naik.
Selepas naik rides tersebut, baru kitorang perasan yang hari tu hari kami. Legoland tu kami yang punya. Sebab? Kitaorang tak payah beratur panjang. Asal Que je terus naik, asal naik je tak payah que. Kalau ada menunggu pun tak lama sangat sebab lepas tu confirm turn kitorang. Lagi satu, kitaorang pergi hari Rabu, dan BUKAN cuti sekolah. Hujan pulak tu, so pengunjung memang sikit. Rezeki kitorang.
Lego Star Wars Miniland
Bagi peminat setia Star Wars, anda disarankan untuk masuk attraction ini. Gambar di atas merupakan pintu masuk ke tempat tersebut. Kami ditayangkan video Lego Star Wars terlebih dahulu sebelum dibawa melihat miniland Star Wars
Since aku tak berminat sangat, aku jalan, stop, ambil gambar, jalan, stop, ambil gambar. Gambar pulak tak cantik sangat. Tapi aku nak tunjuk jugak, tapi nak tunjuk satu dua je :P
Dragon's Apprentice
Sumber : Portal Legoland
Aku bagi ranking ride ini nombor 2 sebab yang ini kedua terpanjang. Tempat kedua dari tiga rides. Ala, tiga rides saja pun
Castle Stage - The Dragon
Bangunan seperti di dalam gambar adalah pintu hadapan untuk memasuki ride tersebut. Dari gambar ni dah nampak betapa failnya aku posing nak ambil gambar. Sangat sangat bukan fotogenik punya orang.
. Sumber : Portal Legoland
Ride ini adalah ride yang paling panjang sekali. Sebab tu aku paling excited nak naik.Aku punya jalan bukan main laju lagi, tak tunggu dah member - member jalan kat belakang.
Muka aku bahagia sangat bila nak naik ride ini. Kami naik dua kali. Since kami naik dua kali, aku siap bagi tips lagi dengan Wong macam mana nak enjoy bila naik ride nie. Tapi lain pulak jadinya. Aku yang enjoy terlebih. Member kat sebelah macam ape da. Walaupun rasa takut tu ada, tapi Eva and Wong naik jugak. :D
Muka after naik ride The Dragon. Semua muka berlagak
Observation Tower
Sumber : Portal Legoland
Bak kata Wong, kalau naik menara Taming Sari di Melaka kena bayar RM 20. So alang - alang ada kat sini, dan naik pun tak payah bayar, so kami pun naik je la. Sambil - sambil tu kami melihat kawasan mana lagi yang kami belum pergi.
Lego NINJAGO The Ride
Ini merupakan attraction yang paling latest, kiranya masih baru lagi. Kami ambil peluang untuk masuk walaupun tak tahu apa yang ada kat dalam ni. Seperti biasa pabila masuk akan ada beberapa struktur seperti pedang samurai yang dibina berasaskan lego. Watak - watak Ninja juga diperkenalkan walaupun aku tak tahu apa motif sebenar nama - nama tersebut ditunjukkan. Di dalam ini juga terdapat ride yang tersendiri. Boleh rujuk gambar di bawah.
Sumber : Portal Legoland
Kalau anda lihat pada gambar tersebut, para pemain dikehendaki menggunakan 3D glasses dan naik rides yang disediakan. Sekali naik boleh muat 4 orang. Sebelum masuk area ini, arahan sudah ditujukkan terlebih dahulu iaitu bagaimana posisi tangan yang betul bagi bermain permainan ini. Lihat sahaja dari gambar tersebut bagaimana para pemain menggerakkan tangan. Rides ini akan melalui sebuah terowong dimana anda akan berjumpa dengan Master Sifu terlebih dahulu, kemudian satu persatu musuh akan memunculkan diri. Jadi tugas anda adalah menggerakkan tangan anda ibarat DJ, atau ibarat anda melemparlan shuriken ke arah pihak lawan. Pada akhir ride ini, anda boleh nampak berapa skor yang anda dapat dan anda berada pada tahap yang mana. Aku level Master weyh, tapi level tu kedua terendah. Ceh!
Pharaoh's Revenge
Ride yang terdapat dalam Pharaoh's Revenge ini pula lebih kurang sama dengan Ninjago. Cuma anda guna pistol nak tembak sasaran.
Miniland
Miniland merupakan salah satu attraction yang bagi aku agak besar kawasannya. Aku ada baca pasal pembinaan setiap bangunan nie menggunakan lego, tapi aku tak ingat pulak detail nya. Bila aku tengok kan, haih gigih bebeno diorang buat benda ni.
Mini Taj Mahal, India
So antara mini building yang lain adalah
- Angkor Wat, Cambodia
- Bolinao, Philippines
- Brunei
- Hoi An, Vietnam
- Johor Bahru
- Johor Majestic Palace
- Karaweik Hall, Myanmar
- KLIA
- Kuala Lumpur
- Pauxai, Laos
- Pirates
- Port Tanjung Pelepas
- Purah Tanah Lot, Indonesi
- Putrajaya
- Singapore
- The Forbidden City and Great Wall, China
- Wat Arun, Thailand
Banyak kan???? Phew. Selepas tengok semua mini bangunan, kitaorang pun menapak keluar dari Legoland Theme Park dan menuju ke Medini Mall, sebab nak lunch. Itu pun jam dah nak masuk kol 3 petang. Lapar weyh
LEGOLAND WATER PARK
Sepanjang berada di dalam Water Park ini satu gambar pun kami tak ambil. Handphone semua simpan dalam locker. So kami betul - betul enjoy sepuas - puasnya bila main. Naik pun banyak kali, tak ada orang nak berebut main. Balik - balik muka kitaorang tiga je. Pekerja di dalam Water Park ini lebih mesra berbanding Theme Park. Maybe sebab kawasan tidak seluas Theme Park, jadi para pekerja rapat antara satu sama lain.
Ini antara games yang kitorang main. Gambar - gambar nie aku sedut dari Legoland punya website. Gambar rides yang aku tak naik aku tak letak dalam blog nie ye.
Red Rush
Benda ni first kitaorang main bila sampai Water Park. Red Rush nie aku and Eva naik 2 kali tau. Tak tinggi sangat. Selamat je kalau naik benda nie.
Wave Rider
Tidal Tube
Wave Ride and Tidal Tube bagi aku biasa - biasa sahaja. Tapi aku agak pening sikit sebab bila ko slide dalam terowong tu ko tak nampak apa - apa. Gelap sungguh. So bila nampak cahaya sikit terus rasa pening. But still main banyak kali gak. Hehe
Slide Racers
Hok nie kitaorang main sekali je. Sebab nak naiknya ya ampun tinggi yang amat. Ini yang paling tinggi sekali. Aku nie dah la tak suka naik tangga. Sekali dah sampai atas kitaorang tarik nafas and rehat kejap, semput. Aku la yang paling penatnya, stamina dah kurang. Naik tangga pun rasa penat. Naik ride yang ini ko ibarat terjun macam Superman. Ko kena lompat masuk terowong then slide ke bawah. Best, tapi itu la, penat naik.
Twin Chases
Joker Soaker
Build - A - Raft
Built a raft paling sempoi. Ko naik je lepas tu nanti arus air tu yang akan bawak ko pusing satu tempat tu. Kitaorang dua kali pusing pun rasa macam, cukupla. Sudah - sudah la tu. Kitaorang je dewasa yang main kat situ. yang lain semua anak - anak kecik and mak bapak diorang.
Splash 'N' Swirl
Ride yang ini kitaorang paling banyak main despite of penatnya nak naik tangga tapi kitaorang gagahkan diri jugak. Seronok sungguh sampaikan bila semua ride dah tutup kitaorang boleh request lagi dengan pekerja nak naik lagi sekali. And diorang bagi kitaorang main lagi. Hehehe. Thank you tau *wink wink
. . .
Sepanjang bermain dalam Legoland ini, kami perasan satu benda. Para pekerja terdiri dari penduduk tempatan, which is sangat nice bagi aku. Bagi peluang pekerjaan dengan anak muda tempatan disamping promote tempat sendiri. Molek sungguh.
Ouh lagi satu. Semua permainan yang terdapat di dalam Legoland ini sesuai untuk budak - budak. Jadi yang remaja dewasa nie jangan risau. Tak ada yang scary sangat pun.
Berharap entry aku nie dapat memberi serba sedikit gambaran mengenai Legoland, Johor.
And makseh gilak - gilak ngan Eva and Wong. Merasa juak aku datang tempat tok. Free gik ya haih. hahahahaha
Sekian.....zzzzzzzz
Comments
Post a Comment