Bicara mengenai "sekalor"



Bismillahirrahmanirrahim.


Sekarang jam dah menunjukkan jam 9 tepat. Kalau ikut gambar diatas lagi 5 minit nak ke jam 9 malam. 5 minit tu untuk aku log in blog nie sementara menunggu turn nak ambil gambar. Aku bosan.

Berbalik kepada tajuk aku.

"Sekalor" adalah perkataan dari Melanau Belawai yang bermaksud lembik. Contoh ayat:

Tiak mai sekalor mak gaya pamat ein wai

Tengok2 time lari tadi nampak macam lembik (*maksud). 

Certain ayat tak ngam kalau buat direct translation. So maksud ayat tu tadi lebih kurang macam tu la. Dan kisahnya bermula tadi, bila aku call parents aku. Aku cerita la yang aku habiskan larian 1.87km dalam masa 11.56 minit *cerita dengan nada penuh bangga. Lepas tu mak aku pun bagi ayat seperti di atas tadi. Dia nak kata la yang anak perempuan first dier nie (aku la, sape lagi) lagi lembik berbanding anak perempuan yang lagi sorang (adik aku). Ok yang tu aku mengaku yang aku memang lagi lembik. Adik aku tu dulu maybe lagi lembik, but since dier masuk wataniah nie stamina kuat, lari kuat, makan puan kuat. Ayah aku pulak cakap eh tak la anak - anak perempuan aku ni mana ada lembik, semua kuat - kuat (yes dad, your my savior 😘). Dan perbualan tersebut berakhir dengan gelak menyakat dari diorang. 


...


Sekarang jam dah menunjukkan 9.17 pm. Dan aku masih setiasa disini untuk sesi fotografi sebab nama aku turn yang ke 55. Cepatla... hamba nak balik. Nak tidooo 

Comments