Jom ke LEGOLAND Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Legoland yang terletak di Nusajaya Johor akan memasuki tahun ke - 5 beroperasi apabila memasuki bulan September tahun ini. A few tips to those who want to go to this place


Tiket


sumber: https://www.legoland.com.my/book-visit/day-tickets/

Aku tak reti nak explain lebih, sebab aku dapat tiket nak masuk Legoland pun secara free. Tapi anda semua boleh lihat, harga tiket berbeza mengikut pilihan yang anda buat, sama ada anda memilih Combo (Water Park + Theme Park), Theme Park, ataupun Water Park. Mengapa Water Park lagi murah dari Theme Park? Kalau ikut pengalaman aku datang ke Legoland, aku boleh cakap yang attraction or rides dalam Theme Park lagi banyak berbanding Water Park. Pick your choice. 

Bagi pemegang tiket Combo, anda boleh keluar dari Theme Park kemudian masuk ke Water Park. Kerana kedua - dua tempat ini berbeza pintu masuknya. Oleh sebab itu, pemegang tiket Combo boleh lah lunch kat luar. Tak jauh pun. 

Anda juga boleh membeli Annual Pass. Anda masuk la banyak kali bila dah ada kad tu. Nak tahu lebih lanjut boleh tekan di pautan link di bawah gambar di atas.


Parking

Aku dan kawan - kawan aku naik kereta time nak mai sini. Tapi menurut info yang aku dapat, kalau nak datang ke Legoland naik transport awam, boleh naik satu bas yang memang menuju ke Legoland dari Johor Sentral dengan harga tiket kurang dari RM5. Jadi kalian jangan risau. 

Ouh, berbalik kepada parking kereta. Anda boleh parking di Medini Mall. Di situ parking rate untuk weekday RM 2 manakala weekend pula RM 4 untuk satu hari. Selepas anda park kereta anda boleh jalan terus dan tak lama lepas tu anda boleh nampak pintu masuk Legoland. Kalau nak parking di Hotel Legoland ataupun tempat khas parking Legoland, anda perlu bayar harga lain pula. 


Locker

Jika anda membawa barang berharga dan ingin menyimpan barang anda, anda jangan risau kerana locker ada disediakan, untuk Theme Park, anda perlu membayar RM10 bagi locker rental for 3 hours. Ulang suara, 3 JAM. anda jangan ingat RM10 tu rental untuk satu hari ya. For one day rental you have to pay for RM 20. and that one is for small locker. You can open the locker repeatedly setiap kali anda ingin mengambil barang anda. 

For Water Park, there's no such 3 hours rental. You have to rent for one day and for that you have to pay RM 20 (small locker) or RM 40 (big locker). Kitaorang masuk Theme Park rent locker, kat Water Park pun gitu gak. Haih. Saranan awal aku, kalau anda beli tiket Combo, simpan la barang di Water Park. Kenapa? Aku boleh kata barang - barang yang anda bawa tu mestila baju persalinan anda selepas main di Water Park kan? so simpanla kat situ. Well terpulang kepada anda. Mana yang anda rasa ok or bagus anda buat.


Pakaian

Pilih pakaian yang sesuai bagi menyertai mana - mana rides or attraction yang terdapat dalam Legoland ini. 

Dan dan dan bagi Water Park, anda kena pakai baju yang sesuai, iaitu baju berkain jersi. Baju barkain cotton is a big NO NO NO. Kalau ko degil jugak nak pakai baju kain cotton, confirm ko tak kan dapat naik punya. 



Makanan

Standard harga makanan bila masuk tempat macam ni.*MAHAL*. so boleh makan siap - siap before masuk Legoland. Ataupun makan sahaja di Medini Mall. at least murah sedikit berbanding kedai di dalam. Itupun kalau ko larat lagi nak menapak keluar tu. Luas gak kat dalam tu. Tapi tak seluas Sunway.


Ok. itu sahaja. Nantikan Jom ke LEGOLAND Johor Part II pula. Jeng jeng jeng

Comments