Assalamualaikum.. dan selamat malam?
Wahai pembaca sekalian
My dear reader(s) *hamboi kau*
Here a few tips if you plan on going to Sunway Lagoon. *sorry, bahasa rojak skit*
1. Beli tiket awal
Unless ko ada banyak masa free and boleh pergi bila - bila masa
or
ko banyak duit and boleh beli tiket on the dot / time tu jugak
Kalau tak, ko beli la tiket awal. Tak payah susah - susah pergi Sunway Lagoon semata - mata nak beli tiket, boleh saja beli online. Sekarang kan semuanya di hujung jari, anda klik sahaja di portal Sunway Lagoon, dan beli la tiket di situ.
Pilih masa yang sesuai. Bagi orang macam aku, aku prefer untuk datang pada waktu orang lain masih sibuk dengan kerja (weekday) and bukan cuti sekolah. Pada hemat aku dan kawan aku, pada waktu cuti sekolah sudah semestinya ramai pelajar sekolah datang ke Sunway Lagoon bersama kawan - kawan ataupun keluarga. Iyala, cuti sekolah kan.
Since aku tight on budget, aku beli Quack-tastic Tuesday. Setiap hari Selasa minggu pertama setiap bulan anda akan dapat promotion ini, which entering fee per person is half than normal price. So I just have to pay for RM60 instead of RM120. That's the price for MyKad holder, and of course for foreigner its a bit expensive. And if you have more money, just buy Quack Xpress. With that yellow tag (for normal, you will get white tag on your wristband) you don't have to wait (baris panjang weyh kalau orang ramai - bahagian attraction mostly tunggu 3 jam) and get to enjoy the other rides too. The normal price for Quack-tastic is RM70, but its only RM40 special for Quack-tastic Tuesday and Terrific Thursday (buy one free one ticket).
Menyesal aku tak beli yang yellow tag hari tu, banyak yang bahagian attraction game aku tak dapat main.
Info lanjut boleh layari di laman web seperti di bawah
https://sunwaylagoon.com/
2. Makanan
Kepada anda anda yang kuat makan macam aku, sila la bawak duit lebih sikit. Makanan kat dalam memang mahal. Kita pula memang tak dibenarkan bawak makanan dari luar. Sebelum masuk, diorang akan bukak beg kita and check ada makanan ataupun tidak. Kalau ada, memang korang kena simpan dekat locker luar. Air mineral lepas je, no hal. Dan jangan risau, kat dalam tu banyak kedai makan. Cuma ada duit nak beli dengan tak je lagi. Aku??? makan je roti subway tu. Sebelum masuk tu makan la siap - siap ye, sebab kat dalam ko confirm akan rasa nak makan lagi. Lapar selepas penat main. Tangan aku sampai menggeletar sebab lapar sangat.
3. Pakaian
Pakai pakaian yang sesuai. Jangan nak pakai jeans pulak main kat dalam tu. Berat. Bawak la pakaian spare siap - siap in case ko nak main air kat dalam tu. Toilet memang ada tempat ko nak salin baju. Siap ada tempat shower lagi, tapi ko kena bawak shower foam sendirian berhad punya sebab pihak Sunway Lagoon tak sediakan yang tu. Towel pun jangan lupa (unless ko nak bagi angin keringkan air kat badan ko, hahahaha). Oh ya lagi satu, slipper. Ko boleh una slipper or berkaki ayam je sepanjang kat dalam Sunway Lagoon. Kalau kaki ko kebal, tak payah la pakai slipper. Jalan je kaki ayam. Tapi aku tak. Aku guna je slipper hitam kesayangan aku (kalau nak masuk rumah hantu kena guna slipper or kasut, no kaki ayam)
4. Locker and barang berharga
Locker memang banyak. Dan locker tersebut boleh bukak banyak kali. Tapi bukan free tau, semuanya berbayar. Locker kecik RM22, locker besar RM40+(tak ingat daaa). So simpanla barang - barang anda dalam locker tersebut. Kunci locker? Jangan risau, anda memang, confirm, dapat bukak locker anda selagi masih ada lagi tag di tangan anda. Tak payah guna kunci, scan je bar code kat tangan anda. Dan locker tersebut akan buka. Jangan pulak ko scan barcode kawan ko yang tak sewa locker tu, memang sampai sudah ko tak dapat bukak punya.
5. Solat
Kepada yang muslim, dok seronok main tu jangan lupa yang wajib pulak. Surau ada disediakan. Boleh lihat peta or sign board.
6. Rancang perjalanan permainan anda
Once ko dah dapat tag dari kaunter masuk, ko akan dapat sekali brochure Sunway Lagoon yang mengandungi peta attraction dan show time. Baca tau. Aku terlepas ombak time tu (every 3pm setiap hari). So dari situ ko rancang la nak pergi yang mana satu dulu. Meh aku cerita apa aktiviti yang aku and kawan aku buat (aku citer mana yang aku minat je, yang game biasa - biasa aku tak nak cerita, sebab bosan)
Hari tu aku and member aku masuk rumah hantu dulu
Ceritera rumah hantu
- Hantu hensem
- Aku tak menjerit langsung malah kesian dengan hantu - hantu tu
- Last check point before keluar dari rumah hantu aku gelak sampai rasa nak guling - guling atas lantai, sebab budak kat depan sekali (ibarat ketua kitaorang la sebab dier yang lead jalan) tak tahu jalan keluar yang mana satu, so dia tanya kat hantu yang mana satu pintu nak keluar. Hantu of course tetap main peranan hantu. Buat muka bengis.
- Jangan risau, hantu - hantu tak kan sentuh ko punya, diorang cuma akan terjah nak kejutkan kau ataupun buat macam zombi train to Busan. Imagine je ko lalu kat penjara yang penuh dengan zombie. Tak seram, kita just terkejut je (pergh, belagak sungguh aku).
- Jangan pulak ko pi karate hantu - hantu tu, dah tu memang keje diorang nak takutkan ko. Dah tu sape suruh ko masuk. Kan?
ATV
Hok ni aku jadi orang jakun sikit. First time naik ATV, kesian kan aku. Macam naik motosikal just ianya lebih rendah dan mempunyai empat roda. Sesuai untuk perjalanan berbukit dalam hutan ataupun kat tepi pantai. Aku dapat yang handle tak berapa nak elok, so sakit jugak la tangan ni nak pastikan haluan aku tak menyimpang dari laluan asal.
Paintball Target Shooting
Aku tak pernah main paintball, tapi paintball kat dalam Sunway Lagoon ni tak seperti game dekat luar. Kat dalam nie ko just menembak dari kaunter and tembak sasaran yang disediakan. Bila aku main 2 orang pekerja tepuk tangan, sebab aku tembak kena sasaran. Diorang puji je aku terus fail. Haisyhhh...
Bungee Trampoline
Permainan ini hanya bersebelahan dengan paintball. Syaratnya berat anda hanya perlu berada diantara 20 hingga 100 kg sahaja. Lebih or kurang tak boleh main ye. It's a bit boring since you just have to jump, tapi penat woih. Penat sangat - sangat. Ini satu - satunya game yang banyak makan tenaga aku.
Monsoon 360
Yang nie game yang paling best aku main. Tapi paling sekejap.
*gambar ehsan dari Google
Tengok gambar boleh tahu tak game nie macam mana? Aku tak reti nak cerita. Tapi memang syiokkk
Itu adalah antara rides or attration yang kitaorang main.
7. Lain - lain
Lihat pada bar code tag di tangan anda, dengan barcode tu anda boleh bukak locker and SIMPAN DUIT. Jadi jangan susahkan diri bawah duit cash kehulu kehilir. Just perlu ke kedai berdekatan main entrance, dan top up la duit dalam tag anda. Minimum RM30 kalau tak silap aku. Aku letak je RM50, so aku bayar locker and makanan guna tag je. Baki boleh diambil balik. Tapi pastikan ambil baki anda sebelum 7pm. Kalau tak, halal je la bagi kat Sunway tu.
Kalau nak bawak handphone kemana - mana, beli la plastik yang boleh letak handhone then masuk dalam air tu. Ala yang boleh gantung kat leher tu. Haih, aku tak ingat pulak apa nama benda alah tu. Since aku and kawan aku tak beli benda tu, so tak banyak gambar kitaorang ambik.
Game pay per ride ada tiga. Bungee jump tak silap aku RM80 per ride for MyKad holder. Go-kart RM 20++ per ride, and also one game aku tak ingat nama. Yang tu aku tengok pun seram and pening sikit. Ada duit lebih tu gi la main. Aku tak.
Dan dan dan kalau barang anda hilang, sila la report dekat office main entrance tu. After file report, diorang akan pergi cari barang ko. Cermin mata hitam kalau hilang kebarangkalian ko nak dapat balik tu nipis, ataupun tak ada langsung. Power glases mostly tak hilang. Kes aku pulak, hilang. Untuk ride Monsoon 360, ko tak boleh guna jam, glasses, slipper, rantai, gelang, cincin and sewaktu dengannya. So aku pun letak tepi dengan yakinnya. Aku belum lagi naik atas, member dah bagi tahu glasses aku dah tak ada. so we filed the report, and lucky me I get my glasses back. Tak sampai setengah jam selepas report tu. Memang tip top service diorang
Untuk mandi pula, terutamanya ladies, orang kat toilet tu memang full sampai luar. Alhamdulillah aku and kawan aku tak awal sangat tak juga lambat sangat. Still juga menunggu tapi tidak la terlalu lama berbanding yang lain.
Phew, rasanya itu saja yang aku ingat. Sekadar perkongsian.
Nah kaklong belanja gambar - gambar sepanjang berada di Sunway Lagoon
Mun bayar quactastic tuesday ya sekali jk main kh..atau setiap tuesday?
ReplyDeleteSekali main jak....
DeleteBoleh ke main slides apa smua tu klau pkai t-shirt?tdung plak cemana?
ReplyDelete