Hantar salah Emoticons @ Sticker

Assalamualaikum pembuka bicara

Sebagai pengguna smartphone, aplikasi whatsapp dan wechat sudah semestinya aplikasi yang wajib ada dalam handphone aku (korang aku tak tahu, terpulang kepada individu itu sendiri). Kalau dulunya hanya bergantung kepada SMS atau MMS untuk menghantar pesanan ringkas, sekarang tak payah nak risau lagi berapa charge kreadit untuk satu SMS. Dengan syarat adanya internet yang kau langgan.

Tapi ini bukan point utama aku nak cerita dalam blog aku hari ini. Iyala kan, semua orang tahu apa kegunaan kebaikan keburukan kelebihan teknologi kini yang dari hari ke hari semakin canggih, jadi buat apa aku nak cerita yang kamu awak kau korang tahu (ni kalau guru bahasa tengok ayat aku ni kompem tak percaya macam mana aku boleh dapat A untuk subjek Bahasa Melayu time SPM dulu. and aku sendiri pun hairan macam mana aku bole dapat A).


Seperti yang kalian sedia ada tahu, gambar di atas adalah contoh emoticons yang sedia ada dalam aplikasi wechat.


Dan ini pula contoh sticker yang ada dalam aplikasi yang sama, iaitu wechat. Sticker yang akak maksudkan kat sini bukan yang awak - awak boleh tampal dekat buku kereta botol ye adik - adik.

Apa kaitan semua ni dengan apa yang aku nak cerita????

Persoalan yang bermain di fikiran aku untuk para pembaca sekalian

Pernah tak hantar salah emoticons ataupun sticker?

Tidak kiralah kepada siapa, namun ianya lagi win kalau hantar salah  emoticons/sticker kepada stranger atau orang yang baru sahaja kenal.

Ada penekanan di sini, kenapa aku guna hantar salah instead of salah hantar?

Ka dua - dua maksud dier sama ek?
~maybe sama, tapi tak sama bergantung kepada konteks ayat. Kan? (jawapan orang kurang yakin)

*sorry, melalut ketempat lain pulak

Kalau ditanya soalan tu dengan aku, aku akan jawab, YA.

Aku text pekerja tersebut melalui wechat, dan ianya adalah semata - mata atas urusan kerja. Setelah semuanya selesai, aku ni konon nak bagi sticker THANK YOU atas maklumat yang dia bagi kat kat aku. Emoticon xnak tengok pulak kan, nak sticker jugak time tu.

So aku pun send la sticker tu. Untuk makluman korang - korang (kalau dah tahu tak pe, nak bagi tau dengan orang yang tak tahu je). Sticker untuk Wechat berbeza dengan Telegram. Kalau sticker untuk telegram, ianya memang setakat sticker, ibarat boleh ditampal. Namun bagi sticker wechat pulak, ianya seperti dalam bentuk .gif. Lebih senang kalau aku katakan yang ianya boleh bergerak - gerak.

Sticker yang aku bagi pula, sekali aku lihat, memang ada perkataan THANK YOU. Lepas aku tekan je, ibarat Elise (karakter sticker kat atas tu) ucap thank you dengan love love love keluar  tak henti - henti kat tepi - tepi dia. Aku dengan gabra terus minta maaf dan cakap niat asal nak bagi sticker yang ada perkataan thank you, tapi lain pulak maksudnya bila love love banyak keluar kat tepi tu. And nasib baik pekerja tu cool je.

Muka aku tak payah nak cakap la, macam udang kena bakar. MERAH sungguh. 

Sungguhpun pada sesetengah orang perkara ini biasa - biasa saja, benda remeh, but it's NOT for me. If that person is a GIRL, maybe I can act like nothing happen. But if that person is HE, opposite gender from me...... Tuhan je tahu macam mana aku rasa nak marah ngan diri sendiri lepas tu.

Dalam kotak memori aku, pekerja ni merupakan orang kedua yang aku hantar salah sticker. Kes nya lebih kurang sama. Hantar sticker yang ada love love love. Entah mana aku letak mata aku time tu pun aku tak tahu, macam mana la boleh silap hantar kan.

Moralnya, lain kali nak hantar emoticons or sticker, tengok betul - betul dulu. Takut salah. Kalau salah, sendiri la yang malu lepas tu.

Sekian, adios amigos

Well, here's potatoes for you. And sorry for the long and merepek post











Comments