Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Aku baru lepas lunch and aku makan dengan jayanya. Aku makan nasi dengan portion nasi 1 stengah. 1 tu memang aku punya tapi setengah tu membe aku punya. sebab dier plan nak diet, so aku yang habiskan nasi. Nasib baik dia bagi. Kalau tak, aku rasa aku tak dapat habiskan lauk.
Aku antara perempuan yang akan moody bila lapar. Bukan setakat moody, rasa nak marah mengamuk pukul belasah orang semua ada. Nak belasah orang tanpa sebab tu yang tak menahan. Tapi benda tu akan jadi kalau aku lapar sangat sangat. Kalau setakat lapar sikit je, aku takde la sampai nak bertukar jadi hulk kan. And sebenarnya lama dah perangai tu tak datang. Sekarang even lapar sangat - sangat pun aku cuba untuk kontrol riak muka agar tak nampak macam nak mengamuk. Lebih senang kalau aku cakap aku cuba untuk kontrol perangai aku yang satu ni.
Ok. Sekarang kita bertukar kepada part lain pulak. Pernah tak korang rasa terliur bila tengok orang makan? Tak kira la sama ada orang yang makan tu depan ko ke, ataupun dalam tv.
Kalau aku, kenyang macam mana pun aku bila tengok orang makan dengan berseleranya aku confirm akan rasa terliur jugak. Macam sedap je. And time tu aku confirm berangan lebih. Kalau la aku yang makan tu kan, mesti umphh giler. Aku siap pernah terfikir lagi nak masuk Jalan - jalan Cari Makan ke, tak pun show pasal makan - makan.
Let's Eat Season 2 merupakan drama korea yang aku layan sekarang. Pada mulanya aku sorang je tengok, tapi sekarang ni dah ada geng. Aku berjaya hasut orang tepi - tepi aku tengok sekali drama tu. Bila part makan je memang betul - betul buat aku terliur. Plot cerita pun boleh tahan. Hero drama tu pulak watak dia memang aku suka. Sebabnya hero memang akan bagi 'ceramah' dekat orang yang bagitahu makanan yang diorang makan tu tak sedap.
Kalau nak tengok drama ni, boleh tekan link dibawah
http://dramafire.com/category/korean-dramas/lets-eat-season-2/
Kalau dah drama ni season 2, sah - sah la ada season 1 kan? So anda - anda boleh tengok di website yang sama juga :D
Petang - petang cuaca panas gini ok gak kalau nak makan aiskrim kan?
Hehe
Comments
Post a Comment