Wanita sinonim dengan nafsu mereka yang suka membeli - belah. Hanya segelintir sahaja yang tidak menjadikan shopping itu sebagai sebahagian daripada hobi mereka. Dan aku pula tergolong dalam golongan yang ikut mood. Kadang - kadang suka shopping, kadang - kadang tak. Lebih tepat kalau aku katakan ia semua bergantung kepada duit yang ada dalam purse aku pada masa tersebut.
Dan Alhamdulillah, sekarang ini aku masih lagi berjaya mengawal nafsu shopping. Lagi - lagi part baju. Payah sungguh nak kawal.
Time mula - mula aku mai sini dulu, aku bawa 2 beg baju sahaja. Itupun pada asalnya aku nak bawa banyak lagi, tapi kena reject kastam (parents aku). Dan sekarang aku risau sungguh macam mana aku nak bawa balik semua baju - baju aku ni nanti bila nak balik Sarawak. Banyak weyh....
*gambar sekadar hiasan
Kalau gambar kat atas tu penuh satu almari, aku pun lebih kurang sama gak. Penuh sampaikan aku terpaksa letak beberapa baju dalam beg. Walaupun baju aku banyak sampai nak pecah almari tu, bila part 'esok nak pakai baju apa' aku secara automatic bukak almari, tengok dulu baju - baju then jawapan aku selalunya 'tak ada baju la nak pakai'.
Tak ada baju?? What??? Hang ni bia betul kan. Almari penuh ngan baju tapi still cakap tak ada baju??
Aku rasa, bukan aku sorang je macam ni. Ramai lagi.
Itu baru baju kat sini, belum lagi campur dengan baju sedia ada kat Sarawak..
Haih la baju...
Comments
Post a Comment