Pau Cendawan yang sedap!!

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam seminggu ni aku rasa schedule aku agak hectic sikit. Tapi sudah semestinya aku masih boleh mampu bertenang, walaupun banyak kerja yang menunggu. Walau sesibuk mana pun aku, aku masih boleh mencari jalan untuk meng'enjoy'kan diri. Salah satunya adalah makan.

Selepas training di Cyberview Cyberjaya tempoh hari, aku dengan kak Ame decide untuk mencari makanan untuk makan malam di food truck Seksyen 3, Bangi. Bila aku tengok food truck jual pau cendawan ni, aku mula fikir panjang. Sebabnya harga bagi satu pau adalah RM 3.90. Kalau beli 3 boleh dapat RM10.  Oleh sebab tekak aku ni teringin nak makan pau cendawan sejak dari bulan puasa hari tu, aku beli 3. And aku tak hairan pun aku boleh habiskan 2 pau dalam satu masa. Makan time panas - panas sedap weyh.


 Pau Cendawan

Macam inilah rupa pau yang aku makan hari tu. Pau ini berintikan sup cendawan and ayam. So sangat tak hairan kalau harga pau ni mahal. Apa hang ingat sup cendawan murah ka? Hang pi la buat sendiri, baru murah kot. Hahaha

Keesokan harinya pula aku beli pau yang sama. 2 hari dah beli pau ni, beli untuk RM10 pulak tu. Itu untuk minum petang ya, bukannya makanan untuk makan malam.  Hari ketiga pulak betul - betul buat patah hati. Food truck yang jual pau ni tak ada weyh. Sedih sungguh. 

Agak - agak esok lusa tulat minggu depan ada lagi tak? Huhuhu

*Pesanan ringkas buat pembaca. Makan pau ni time panas tau. Kalau makan time sejuk rasa kembang pulak tekak ni bila makan (in my case la).

Comments