Alhamdulillah.
Bersyukur aku masih lagi bernafas di muka bumi ini.
Sekarang sudah menganjak ke bulan Mei tahun 2017 namun aku masih lagi di sini, di bumi UKM dimana pengajian aku tak reti nak habis.
Dan tanpa aku sedar, ini merupakan post pertama aku selepas beberapa bulan. Post pertama pada tahun 2017. Aku masih ingat lagi saat di ambang tahun baru, saat anak - anak muda keluar menyambut akan ketibaan tahun baru bersama teman - teman ataupun keluarga.
Aku? Bagaimana pula aku menyambut tahun baru?
Begini ceritaku. Dengar ya wahai teman - teman (macam aku cerita depan - depan pulak kan).
Detik beberapa minit sebelum jam menginjak ke angka 12 tengah malam, sahabatku Hajar datang ke bilikku lalu terus membuka laptop ASUS putihnya. Aku ingatkan sahabatku ini mahu menujukkanku akan tesis ataupun jurnal yang sedang dia kerjakan sekarang, namun lain pula jadinya. Hajar membuka cerita Goblin, drama korea kegilaanku pada ketika itu. *ah itu semua dusta, aku memang tahu dari awal akan niat asal Hajar membuka cerita itu, kerana apabila Hajar berkata
'jom tengok citer Goblin, aku tau ko belom tengok episod ni lagi'
Itu yang berlaku ye kawan - kawan.
Sejurus bila aku berkata 'Ya', tanpa berlengah tangan Hajar sepantas kilat mencapai laptop yang tersimpan rapi di dalam beg, meletakkannya di atas katil aku, menekan butang on kemudian terus memainkan drama tersebut menggunakan player VLC.
Aku pula hanya melayan kehendak Hajar yang pada ketika itu aku tau
eleh, nak tengok lagi sekali la tu, getus hatiku
Bila drama tersebut dimainkan di layar skrin laptop, aku menonton seakan acuh tak acuh. Drama Goblin memang kesukaanku, tapi aku seakan tidak berminat apabila mahu menonton bersama Hajar. Oh, bukan sebab aku tak suka tengok dengan Hajar, sebab depan aku ada satu pek KFC, set Snack Plate kegemaranku dengan dua ketul peha ayam.
Sekarang anda lihat, aku utamakan makanan ataupun drama? Sudah semestinya makanan *wink wink
Aku pula tanpa membuang masa, terus membuka pack makanan tersebut. Dan terus membaca Bismillahirrahmanirrahim, 'jom makan' ujarku pada Hajar.
Hajar hanya menggangguk namun mata masih lagi tetap melihat skrin laptop, sambil berkata betapa cantiknya scene di ski resort tersebut.
Selepas beberapa minit, aku bertanya 'weh, kol berapa sekarang?'. Hajar menekan butang pause pada player kemudian menggerakkan cursor ke bahagian bawah kanan skrin laptop.
'Kol 12.03 minit', jawapan singkat dan padat dari Hajar.
Mendengar jawapan tersebut, sambil meratah ayam dan mulut masih lagi penuh dengan makanan,
'oh, happy new year', balasku pada Hajar.
'happy new year jugak' jawab Hajar sambil menyambung semula cerita drama tadi.
.
.
.
.
.
.
.
Itu je yang aku nak cerita. Bosan kan? Beriya cerita. HAHAHAHAHA.
Nah, kaklong belanja gambar scene dari drama Goblin.
Comments
Post a Comment