Bismillahirrahim
Assalamualaikum and hi korang
Kali ni aku nak bercerita pasal cita - cita.
Korang time kecik - kecik dulu mesti ada cita - cita nak jadi apa kan? Lagipun time sekolah rendah dulu ada satu masa korang akan diberi satu kad dimana cikgu akan isi apa korang nak jadi bila dah besar nanti. Budak sekarang aku tak tahu pulak ada lagi ke tak, tapi yang pastinya zaman aku ada benda tu.
Most common cita - cita yang budak - budak nak jadi bila dah besar nanti adalah cikgu, doktor, polis, engineer, dan lain - lain. Dan aku salah seorang yang ada cita - cita nak jadi cikgu. Setiap tahun tanpa skip aku letak cikgu. Aku boleh katakan ibu bapa aku berikan pengaruh besar akan jawapan yang aku bagi, because they are both teachers. Tapi antara banyak - banyak jawapan, salah satu cita - cita yang aku letak adalah pramugari. Dan cita - cita tu sampai tingkatan 3 saja.
Kenapa?
Sebab start dari situ tetiba aku rasa body aku tak cukup lawa macam pramugari yang perlukan badan macam model, kurus - kurus gitu. Aku bukanlah jenis berdisiplin kalau bab makan - makan ni. So kalau nak suruh aku jaga makan nak buat kurus, DIET kata orang, tak payah la. Bapak aku pun boleh gelak aku setiap kali aku kata aku nak diet, sebab dier tahu selera anak pompuan dier ni macam mana.
So berbalik kepada cita - cita. Aku sebenarnya nak sangat orang yang ada cita - cita yang bukan common macam doktor cikgu bagai. Paling win aku pernah dengar setakat ni nak jadi penjual ayam, tauke ayam, dari budak berumur 6 tahun. Sebab katanya kalau dier bela ayam, dier boleh jual ayam - ayam yang dier bela tu jual kat KFC, confirm banyak duit (bak kata dier la). Hang tengok, budak yang muda 12 tahun muda dari aku pun boleh terfikir kerja apa yang boleh sara dier. Dik, aku doakan ko berjaya dengan apa yang ko impikan, sebab mak ko terkejut betol bila ko cakap ko nak bela ayam bila dah besar nanti. Pada masa yang sama ko senangkan hati mak ayah ko. Aamiinnn...
Sekarang zaman susah nak cari kerja. Adik aku dah berapa kali tukar kerja, tapi kakak dier nie (aku la, sape lagi) masih gigih nak study. Walaupun pernah bekerja selama 2 tahun macam tu (more or less), aku dapat rasa nanti aku tetap akan merindui zaman belajar bila dah bekerja balik.
Apa - apa pun, tak kisah la apa cita - cita korang, don't forget to give back to community.
Ada banyak lagi aku nak tulis, tapi semuanya aku dah lupa saat aku tengok lipas besar keluar dari bawah katil aku. Haish, ko terbang kejap lagi siap kau.
Bye.
END
Comments
Post a Comment